Sabtu, 18 Januari 2014

kini bukan gadis automotif

salam ukhwah dari diriku ini .

syukran Ya Allah akhirnya aku dapat menyambung pelajaran keperingkat diploma . 
walaupun bidang yang aku ceburi ini 100% berbeza dengan apa yang aku belajar dulu .
dulu aku gadis mekanikal automotif . kini aku seorang gadis kejuteraan alam sekitar di sebuah politeknik .
bagaimana kehidupan aku di poli kini ? 
akan aku postkan kelak . adakah aku bahagia ataupun hanya biasa sahaja ?
insyaaallah aku akan cerita nanti .


subjek kini lebih mencabar dari dulu . lagi untuk gadis seperti aku yang memang tidak meminati bidang sains tulen . namun aku gemarkan cabaran . dan inilah cabaran untuk aku terus buktikan pada orang di luar sana bahawa ibu bapa aku bukan hanya pandai mencari rezeki namun tidak mampu bagi anak sambung belajar . tetapi ibu bapa aku mampu imbangi semuanya . kadang kala perbalahan , tohmahan dan cacian lebih elok kerana ia mematangkan kita lalu memberi semangat untuk terus berjuang dan maju melangkah tanpa menoleh ke belakang .