Khamis, 31 Mac 2016

Ini Kisah hatiku 2016

Salam tinta.

Lihat langit , aku berazam mencapainya.
Lihat tanah yang aku pijak , aku masih kerdil di muka bumi ini,
Hari demi hari aku leka.
Hari demi hari aku alpa.
Sampai satu masa aku sangat bahagia. tetapi diri aku lupa untuk mengucap syukur.
Sampai satu masa aku ditimpa musibah , tetapi diri aku hanya merungut dan menyalah takdir.

Entri ini cerita hati aku.

Benar, hati aku dilembah cinta. malah aku biarkan lagi hati aku dihanyut di lautan paling dalam.
Benar, cinta aku tidak berbalas, ia lebih dikenali bertepuk sebelah tangan.
Tapi hati aku.

Pertemuan yang tidak bertegur sapa hanya sekadar berselisih bahu, namun pertemuan sebegini membuatkan aku makin mencintai dia.
Kerana perasaan suka itu, aku selidik perwatakan peribadinya.
Bagai langit dan bumi. Seperti enggang dan pipit. Perbezaannya sungguh ketara.
Kerana perbezaan itu , satu masa dahulu aku pernah membawa hati aku untuk pergi jauh dari dia.
Namun jarak yang aku bina . tembok yang besar aku dirikan , sempadan lautan yang aku bentangkan. tetap juga musnah dengan perasaan yang bernama cinta.
Kerana usaha untuk membenci itu gagal. aku biarkan lagi diri aku di lautan cinta.

Untuk hari yang akan mendatang,'
Aku mahukan perasaan ini terus ada. Aku mahukan perasaan  ini diketahui oleh dia. Aku mahukan perasaan ini menjadi permulaan untuk menghalalkan hubungan antara bukan muhrim.

Tetapi untuk hari esok dan akan datang.
Aku mahu kuburkan perasaan ini di dalam hati.
Kerana aku tidak mahu terus lemah.
Diri aku baru menapak dalam permulaan hijrah.
Aku tidak mahu mundur hanya kerana lelah .
Aku mahu selalu istiqamah .
Aku terlalu mahu untuk menjaga ikhtilat.
Maka hati aku kian redha. Mengapa jalan hidup dan perasaan sebegini Allah kirimkan untuk aku.
Ini hijrah ku. Hijrah dalam percintaan.
Aturan Allah itu hebat.
Aku menjadi takut kerana bahagianya cinta sesama manusia yang Allah anugerahkan pada aku dahulu telah aku salah gunakan hingga hampir menghampiri lembah gaung.
Lalu Allah tarik nikmat itu hingga aku tersungkur. ketika tersungkur itu aku tersedar yang aku berada ditepisan gaung. hanya beberapa langkah untuk mendekati lembah hitam.
Ketika tersungkur itu, aku mula mengerti erti sujud.

Kini Allah hadirkan kembali pada aku perasaan cinta ini. tetapi dengan cara berbeza.
Apa yang aku sedar . Aku tidak boleh lagi leka dengan perasaaan ini.
Dan apa yang aku tidak sedar untuk kehadiran perasaan ini.
Pastinya Allah telah aturkan yang terbaik untuk diriku.
Aku percaya . Aturan kehidupan Allah itu sangat indah.

Akhiran tinta,
Semoga bertemu lagi.
Coretan gadis tembam.

Rabu, 5 Ogos 2015

SALAH AKU !

salam kepada kamu pembaca blog ku.

tidak aku tahu entri kali ini untuk apa tapi yang pasti ia tentang apa yang terjadi dalam hidup aku.
umur ku kian meningkat. syukur ke hadrat Illahi kerana masih memanjangkan umur ibu dan ayah aku.
sungguh aku tidak tahu bagaimana kehidupan aku tanpa mereka di sisi.
sungguh aku takut menjalani kehidupan tanpa mereka.
mungkinkah kaki aku longlai untuk menjalani kehidupan dunia ?

aku mempunyai sahabat . aku mempunyai kenalan.
ramai juga antara mereka kehilangan ibu dan ayah .
kerana Allah menyayangi ibu bapa mereka . mereka kembali ke rahmatullah.
Allah uji mereka dengan mengambil nyawa orang tersayang.
luaran sahabat/kenalan aku, mereka kelihatan tenang.
tenang menerima ujian Allah SWT.
sungguh Allah tak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu menjalani langkah kehidupan.
acapkali diri aku ingin mengetahui. benarkah mereka tidak mempunyai perasaan sedih ?

jika di lihat pada dunia, generasi muda hanya kehilangan orang tersayang yang tiada ikatan sah (bukan muhrim).
namun kesedihan mereka alami seperti kehilangan darah daging mereka.
kehidupan anak muda seperti aku lebih agungkan kasih sayang pakwe/makwe.
tanpa kami sedari, hati darah daging (keluarga) kami terluka. [self reminder]

dunia canggih dengan teknologi.
tetapi teknologi yang mampu menghubungkan setiap insan yang kita sayangi hanya untuk mereka yang tidak dikenali.
hanya untuk lagha kehidupan aku.
setiap saat gadget di tangan ku.
namun harus jua aku akui.
gadget yang berada di tangan ini tidak mampu membuat aku berhubung dengan keluarga dengan kekerpan yang maksimum.
kerana teknologi ini aku melakukan silap.
silap dalam penggunaan yang melebihkan kenalan dari keluarga.
tanpa aku sedar ibu , ayah menunggu khabar berita dari aku (perantau ilmu).

khilafnya aku dalam membelakangkan keluarga.
khilafnya aku kerana teknologi yang aku kenali tidak mampu untuk aku kerap berhubung dengan keluarga.
khilaf juga aku kerana aku kian lambat untuk menyedari semua itu.

mampukah aku untuk mengingati diri sendiri bahawa keluarga adalah tulang belakang yang sentiasa ada dengan aku ketika riang mahunpun duka?
mampukah aku untuk mengingatkan diri sendiri bahawa keluarga sering menunggu perkhabaran berita daripada aku?
mampukah aku sedarkan diri ini bahawa keluarga aku kunci mengapa aku disini (study) ?

aku TAKUT !!!!!!
TAKUT lambat menyedari..
TAKUT Allah mengambil nyawa ahli keluarga aku.
TAKUT untuk melangkah di dunia tanpa keluarga.
TAKUT kaki ini lemah untuk mengatur kehidupan dunia.

moga aku sedar dan tidak lagi leka.
moga kita bersua untuk entri kehidupan dunia aku seterusnya.

Rabu, 14 Januari 2015

. jarak yang kau bina .

ini kisah hidupku . kisah yang pernah aku lalui mahupun kisah yang hanya menjadi pandangan mata lalu ke ruang ingatan .

assalamualaikum dan salam huluran persahabatan .

hati kecil aku menangis untuk kesekian kali . menangis kerana aku sentiasa sunyi menjalani hidup di dunia ini .
mengapa aku menangis ?  mengapa hati terus terusik ?
ini semua kerana aku merindui kau sahabat .
maafkan aku . aku hanya berjauhan demi ilmu .
kerana ilmu aku meletakkan jurang jarak antara keluarga dan kenalan .
kerana ilmu , aku hampir terlupa apa itu kasih sayang keluarga .
kerana ilmu , aku berniat untuk tuntut sampai ke puncak yang tinggi .

kenapa kau tak memahami aku , sahabat ?
mengapa kau tak memahami aku seperti mana keluarga aku memahami aku ?
kenapa aku mudah dilupakan ?
walau dari kecil kita membina persahabatan ?

aku masih mengenali kau .
aku masih menyimpan kenangan .
aku masih berharap agar suatu hari nanti akan ada nama aku dalam memori kenangan kau .

tolong aku sahabat !
jangan putuskan talian persahabatan kita .
kerana aku takut .
di akhirat , aku dipersoalkan .
aku dipersalahkan . aku di hukum .

sahabat !
jangan pernah kau letak jurang dalam persahabatan kita .
di mana jurang itu ada gaung .
dan bawah gaung itu ada api yang membara .
api yang menjarakkan kita kerana ilmu yang aku tuntut .

kau tidak bodoh sahabat .
walau hanya kau menuntut ilmu di tepi gunung .
kerana aku masih menghulurkan tangan untuk kau sambut .
untuk kita bersama mendaki ke puncak gunung .

akhiran nukilan .
ini untuk kau sahabat .
aku masih memerlukan kau dalam kehidupan .
moga kini mampu untuk menjalin persahabatan seperti dahulu .

Selasa, 16 Disember 2014

istimewanya " si dia "

salam bacaan untuk pembaca .
salam permulaan cerita tentang kehidupan empunya blog .

kau masih mampu melihat bintang .
ya benar !
mata kau masih mampu melihat betapa tingginya langit milik pencipta .
kau juga mampu melihat betapa rendahnya tanah yang kau pijak .
pastinya kau mampu mengukur betapa dalamnya rumah untuk kau kekal abadi (kubur) .
kau dan aku mampu merasai semua itu .
tapi kau dan aku angkuh dengan nikmat itu .

tapi diri aku masih tidak memahami .
mengapa kau dan aku pelu keji ?
perlu hina dan perlu maki pada si dia .
ya ! si dia .
si dia yang seba serbi kekurangan fizikalnya ?
yang tidak mampu melihat betapa indahnya bintang .
betapa tingginya langit .
dan betapa rendahnya tanah yang dia pijak .

tahukah kau dan aku .
bahawa si dia mampu merasai betapa indahnya alam ini .
mungkin bukan dengan penglihatan .
tapi dengan kesyukuran .

tahukah juga kau dan aku ?
bahawa si dia tidak pernah mengadu mengapa dilahirkan sebegitu .
mengapa dia kekurangan ?
kerana dia tahu . Penciptanya telah menjadikan dia salah satu penghuni syurga Allah .

mengapa aku tinta sedemikian ?
kerana si dia tidak mampu melihat zina seperti mana kau dan aku lihat .
kerana si dia tidak mampu berkata hina seperti kau dan aku ucapkan .

si dia makhluk mulia .
Allah jadikan dia teristimewa di sisiNYA .
kau dan aku tidak diberi kuasa untuk menghina .

salam akhiran tinta .
moga kita mampu memperbaiki kelemahan .

Selasa, 21 Oktober 2014

' kembali '

hari ini aku mengukir senyuman .
esok juga aku mengukir senyuman .
dan hari seterusnya masih ada senyuman yang aku ukirkan untuk kau dan dia .
itulah realiti .
realiti apa yang kau lihat pada fizikal aku .
realiti apa yang mampu kau dan dia lihat di mata kasar kalian .

tapi apa kau dan dia mampu melihat kisah kehidupan aku ?
betapa aku cuba untuk menempuh apa yang kalian maksudkan dunia ?
betapa aku takut akan akhirat ?

benar , aku dilahirkan bawah agama yang mulia .
agama aku mulia . ISLAM namanya .

tapi . aku ?
aku seorang pendosa .
melakukan dosa tanpa noktah .
hanya sedikit usikan syaitan .
kaki aku longlai menaluki dunia .
angkuh dan bongkak memegang gelaran pendosa .
malah aku riak melakukan dosa tanpa menyedari kehadiran nioktah .

demi Allah .
aku masih lagi bongkak membuat dosa .
biarpun aku tahu ajal aku pada bila- bila masa .
kesedaran datang memberi salam beribuan kali .
tapi aku sedikit pun tak peduli .
sedangkan pintu taubat Allah buka seluasnya untuk hambaNya seperti aku .
tapi aku masih angkuh dengan semua itu .

kini , hati aku menangis bila memikirkan semuanya .
detik ini , aku sungguh malu dengan diri sendiri .
betapa jijik aku rasakan diri aku .
betapa hinanya diri aku .
betapa malunya aku pada agama aku .
bila aku hanya mengadu pada nun yang satu , Allah ketika musibah menyapa diri aku .

dengan izin Allah .
aku ingin tanamkan maksud ' kembali ' di dalam diri .
aku mahu kembali tersenyum fizikal dan rohani .
kembali untuk memegang kata - kata .
' bertaubat sebelum terlambat '

salam akhiran pena aku kali ini .
salam akhiran .
salam bersua kembali di lain coretan pemikiran .

Ahad, 19 Oktober 2014

. perasaan apakah ini ? .

salam bacaan untuk semua .

topik bacaan kini adalah tentang dia .
benar tapi aku cuba menafikan .
walau sering muncul dalam minda .
walau hati berombak rindu pada dia .
walau sistem badan tak mampu mengawal pergerakan .
akan aku RAHSIAkan kehadiran 'si dia ' di dalam hati ini .

seakan berada dalam mimpi bila kau dan aku mampu berhubung .
pada kau mungkin kebiasaan sebagai teman dan teman .
tapi tidak pada hati aku yang menyukai kau .
salam perkenalan yang kau hulurkan membuat aku tersenyum girang .

Ya Allah . perasaan apakah ini ?

mungkin ini perasaan yang dah lama aku kuburkan .
perasaan ini pernah menyakiti aku suatu ketika dahulu .
perasaan ini pernah membuat aku lemas dalam dunia penuh kesakitan .
perasaan ini jugak pernah membuat aku mengabaikan keluarga .
ya ! benar !
ini la kekhilafan aku dahulu .
terlampau terbuai dengan perasaan ini .

hari ini .
detik ini .
saat ini .
perasaan ini datang lagi .
moga aku lebih matang menghadapi perasaan ini .

Al-fatihah untuk diri sendiri .
salam akhiran tinta kali ini .
assalamualaikum .


Sabtu, 13 September 2014

. INGIN AKU GAPAI BINTANG .

rindunya pada dunia blogger !

assalamualaikum dan salam bacaan untuk pembaca blog ni .
maaf kerana diri ini jarang menaip coretan untuk bacaan kalian .
ketika tinta ini ditaip . waktu menunjukkan lewat malam dan masa untuk beradu .
balik pada tajuk aku ,

aku seorang penuntut ilmu di sebuah politeknik .
dunia di IPTA sungguh berbeza dengan dunia persekolahan .
aku bukan gadis yang bersistemkan otak komputer atau lebih sinonim pandai .
tapi aku ingin sekali ke arah itu .arah di mana aku mampu untuk capai ilmu dunia tetapi ia juga untuk bekalan aku di akhirat .
dunia IPTA aku berbeza . almaklum laa . aku seorang pelarian . dari mekanikal ke kejuteraan awam .
pelikkan ? tetapi dengan usaha . tiada yang pelik .

demi Allah aku katakan . pernah sampai di suatu tahap .
aku kembali lemah . lemah seolah tiada jalan yang bercahaya yang menyuluh perjalanan harian seperti sedia kala .
dan satu tahap juga aku merasa tiada orang di sekeliling aku .
walaupun saat dan ketika itu aku mempunyai ramai sahabat yang benar ikhlas menolong aku ketika musibah melanda diri yang hina ini .

dan mungkin juga kerana Allah .
aku kembali bersemangat .
semangat untuk terus gapai bintang dilangit .
semangat untuk terus membantu keluarga .
semangat yang aku simpan dari kecil untuk jejak kaki di tanah suci .
semangat untuk terus melihat senyuman di bibir manis orang sekeliling aku .

dengan semangat aku . aku salurkan bersama doa .
dan berharapkan agar diri aku terus dan terus mampu untuk gapai bintang .
inshaa Allah . bintang dunia dan akhirat .

sekian . . . .