Khamis, 31 Mac 2016

Ini Kisah hatiku 2016

Salam tinta.

Lihat langit , aku berazam mencapainya.
Lihat tanah yang aku pijak , aku masih kerdil di muka bumi ini,
Hari demi hari aku leka.
Hari demi hari aku alpa.
Sampai satu masa aku sangat bahagia. tetapi diri aku lupa untuk mengucap syukur.
Sampai satu masa aku ditimpa musibah , tetapi diri aku hanya merungut dan menyalah takdir.

Entri ini cerita hati aku.

Benar, hati aku dilembah cinta. malah aku biarkan lagi hati aku dihanyut di lautan paling dalam.
Benar, cinta aku tidak berbalas, ia lebih dikenali bertepuk sebelah tangan.
Tapi hati aku.

Pertemuan yang tidak bertegur sapa hanya sekadar berselisih bahu, namun pertemuan sebegini membuatkan aku makin mencintai dia.
Kerana perasaan suka itu, aku selidik perwatakan peribadinya.
Bagai langit dan bumi. Seperti enggang dan pipit. Perbezaannya sungguh ketara.
Kerana perbezaan itu , satu masa dahulu aku pernah membawa hati aku untuk pergi jauh dari dia.
Namun jarak yang aku bina . tembok yang besar aku dirikan , sempadan lautan yang aku bentangkan. tetap juga musnah dengan perasaan yang bernama cinta.
Kerana usaha untuk membenci itu gagal. aku biarkan lagi diri aku di lautan cinta.

Untuk hari yang akan mendatang,'
Aku mahukan perasaan ini terus ada. Aku mahukan perasaan  ini diketahui oleh dia. Aku mahukan perasaan ini menjadi permulaan untuk menghalalkan hubungan antara bukan muhrim.

Tetapi untuk hari esok dan akan datang.
Aku mahu kuburkan perasaan ini di dalam hati.
Kerana aku tidak mahu terus lemah.
Diri aku baru menapak dalam permulaan hijrah.
Aku tidak mahu mundur hanya kerana lelah .
Aku mahu selalu istiqamah .
Aku terlalu mahu untuk menjaga ikhtilat.
Maka hati aku kian redha. Mengapa jalan hidup dan perasaan sebegini Allah kirimkan untuk aku.
Ini hijrah ku. Hijrah dalam percintaan.
Aturan Allah itu hebat.
Aku menjadi takut kerana bahagianya cinta sesama manusia yang Allah anugerahkan pada aku dahulu telah aku salah gunakan hingga hampir menghampiri lembah gaung.
Lalu Allah tarik nikmat itu hingga aku tersungkur. ketika tersungkur itu aku tersedar yang aku berada ditepisan gaung. hanya beberapa langkah untuk mendekati lembah hitam.
Ketika tersungkur itu, aku mula mengerti erti sujud.

Kini Allah hadirkan kembali pada aku perasaan cinta ini. tetapi dengan cara berbeza.
Apa yang aku sedar . Aku tidak boleh lagi leka dengan perasaaan ini.
Dan apa yang aku tidak sedar untuk kehadiran perasaan ini.
Pastinya Allah telah aturkan yang terbaik untuk diriku.
Aku percaya . Aturan kehidupan Allah itu sangat indah.

Akhiran tinta,
Semoga bertemu lagi.
Coretan gadis tembam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan