Rabu, 14 Januari 2015

. jarak yang kau bina .

ini kisah hidupku . kisah yang pernah aku lalui mahupun kisah yang hanya menjadi pandangan mata lalu ke ruang ingatan .

assalamualaikum dan salam huluran persahabatan .

hati kecil aku menangis untuk kesekian kali . menangis kerana aku sentiasa sunyi menjalani hidup di dunia ini .
mengapa aku menangis ?  mengapa hati terus terusik ?
ini semua kerana aku merindui kau sahabat .
maafkan aku . aku hanya berjauhan demi ilmu .
kerana ilmu aku meletakkan jurang jarak antara keluarga dan kenalan .
kerana ilmu , aku hampir terlupa apa itu kasih sayang keluarga .
kerana ilmu , aku berniat untuk tuntut sampai ke puncak yang tinggi .

kenapa kau tak memahami aku , sahabat ?
mengapa kau tak memahami aku seperti mana keluarga aku memahami aku ?
kenapa aku mudah dilupakan ?
walau dari kecil kita membina persahabatan ?

aku masih mengenali kau .
aku masih menyimpan kenangan .
aku masih berharap agar suatu hari nanti akan ada nama aku dalam memori kenangan kau .

tolong aku sahabat !
jangan putuskan talian persahabatan kita .
kerana aku takut .
di akhirat , aku dipersoalkan .
aku dipersalahkan . aku di hukum .

sahabat !
jangan pernah kau letak jurang dalam persahabatan kita .
di mana jurang itu ada gaung .
dan bawah gaung itu ada api yang membara .
api yang menjarakkan kita kerana ilmu yang aku tuntut .

kau tidak bodoh sahabat .
walau hanya kau menuntut ilmu di tepi gunung .
kerana aku masih menghulurkan tangan untuk kau sambut .
untuk kita bersama mendaki ke puncak gunung .

akhiran nukilan .
ini untuk kau sahabat .
aku masih memerlukan kau dalam kehidupan .
moga kini mampu untuk menjalin persahabatan seperti dahulu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan