Khamis, 6 Mac 2014

. kawan and sahabat .

assalamualaikum dan salam sejahtera .

KAWAN mesti ramai yang ada kawan kan ?
seronok bila ada ramai kawan . kita boleh kongsi kegembiraan kita bersama kawan namun tak semua kawan ada ketika kita sedih .
am i right ?
kalau kita pergi ke tempat baru . sebagai contoh hidup sebagai seorang pelajar .
semakin jauh kita berani untuk menimba ilmu . semakin ramai manusia kita akan kenal .
dan sedarlah bahawa setiap seseorang yang kita kenal . automatik itu adalah kawan kita .
tapi AWAS kawan kadang tu boleh memakan diri kita sendiri .

SAHABAT pula seseorang yang kita percaya untuk berkongsi cerita peribadi kita .
majoriti sahabat ini ada ketika kita suka mahupun duka .
ketika kita jatuh mahupun gah berdiri .
ketika kita berpijak di rumput mahupun berada di kaki gunung .
sahabat laa pendorong semangat selain keluarga .
tapi AWAS juga jangan sampai ada sahabat yang mempunyai muka yang bertopeng .
hadir ketika susah lalu memberi senyuman tapi di sebalik tu sanggup menjaja cerita kita kepada sahabat lain .
jika yang dijaja itu kebaikan akan diri ini doakan kebahagian untuk mu sahabat .
jika keburukan diri ini dijaja . akan diri ini berdoa juga supaya diri mu tidak buka aib ketika di padang masyar kelak .

jadi manusia yang berhemah . indah akhlak . mudah didampingi .
In Shaa Allah kawan dan sahabat ini mampu menjadi penyelamat kepada kita di padang masyar kelak .
penyelamat kerana sahabat atau kawan ini mampu menceritakan tentang kebaikan kita di dunia .
mudah2an syurga Allah untuk kau kawan dan sahabat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan